Anak adalah anugerah Allah S.W.T. Mustahil ia dihidupkan dengan kelemahan atau bebanan. Ia juga wujud di dalam dunia untuk menjadi khalifah di bumi Allah dan bukan untuk merosakkan dunia ini. Oleh itu eloklah jika kita melihat anak-anak kita dari sudut yang akan mendorong ke arah penyempurnaan kegemilangannya dan bukan dari sudut yang menyekat pendidikannya. BondaMama adalah merupakan sebuah pusat pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang menjadi pilihan utama ibu bapa. Berkonsepkan pendidikan anak-anak cemerlang di BondaMama kami melaksanakan sistem dan modul-modul bagi membentuk insan cemerlang. Setiap kanak-kanak yang di amanahkan kepada kami akan kami jaga dan didik dengan penuh kasih sayang. Itulah janji kami untuk para ibubapa/ penjaga.  Dengan perkhidmatan cemerlang kami ibu bapa boleh dengan tenang melakukan tugas mereka kerana anak-anak mereka selamat dan terjamin bersama BondaMama.

Peluang untuk membuka cawangan BondaMama

Kami menyediakan peluang kepada anda yang ingin memiliki dan menguruskan BondaMama sendiri . Kami yang mempunyai pengalaman terkumpul lebih 30 tahun dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak menyediakan pakej khas yang mudah bagi merealisasikan impian anda. Jika berminat hubungi kami di info@bondamama.com atau SMS / WhatsApp 018 223 5407 nama dan alamat anda. Kami akan menghubungi anda.